Tuesday, October 5, 2010

lonG tiMe...

salam..
aduh..lame jugak tak update blog nie...
just sementara tinggal beberapa hari lagi dlm bulan syawal yg mulia ini..nk kongsi kehidupan semasa menghadapi bulan ramadhan dan syawal..
kebanyakan orang menganggap bulan ramadhan adalah bulan untuk berehat..tetapi tidak pada aku n kawan2 aku yg mmg giler hiking..
kalo x salah aku 29 ogos ktrnk bt crazy hiking at bukit panoramana kt sg lembing..
tu la kalo da mmg slalu hiking..bulan ramadhan xjd masalah langsung..
mmg agak pnt walau pn strt hiking dlm pukul 4 lebih(kalo ikt perancangan dlm kul 2 sepatutnye)tp biase la..manusia..hehe..sampai je sg lembing berciap2 la bli brg mknn utk berbuke kt puncak bkt panorama..





nie just sesetengah gambr yg dpt dr sumber2 yg bwk camera naik ats..cam biase ble da smpai puncak kemas2 tmpt..bbq ayam n tu azan utk berbuke puase..mmg sgt puas..walau pn naik bkt je..tp lps turun dr bkt tu ad sorng pak cik nie yg tgh nk commercial kn tmpt utk perkhemahan n memjmpt ktrnk utk pg mlht tmpt tersebut..
di kesempatan cuti sem aku 2 mngu yg mn aku sempat berbke puase ngn kwn2 aku mse poli dlu..agk dlm 2 thn lbh ktrnk jrg jmpe lps je grade dr poli..msg2 ngn kerjaya  n sambung blaja lg..bertempat di lepak santai restoran dkt dgn sg kinta..msg2 mcm biase ngn prangai msg2 yg mmg xpnh berubah..hehe..mmg best dpt berkwn ngn dornk..tp yg sedah coz kwn baek ktrnk yg mmg mse tme poli dlu rjn lepak sme2 da xde da..
sdh jgk die da pergi berjumpa ngn pencipta kte smua..Al-Fatihah buat roh arwah mohd amin ismail..persahabatan n kenangan akan kekal sampai ble2..










bulan syawal ialah bulan kemenangan bg seluruh umat islam kerana berjaya menghalangi ujian semasa di bulan ramadhan..amalan kunjung-mengunjung mmg sudah menjadi tradisi bg negara nie..n aku mcm biase ambl kesempatan nie utk mengunjungi kwn2 sekolah yg mmg da lme xjmpe n slalu jmpe utk erat kn lg persahabatan.. adala sdikit coretan gmbr2 semasa syawal..










sambutan hari raye peringkat UMP yg turut dihadiri Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Syah..
n aku ambl peluang utk bertemu n menangkap gmbr di samping Bentley baginda..hehe
sekian wasalam...

Saturday, August 28, 2010

fakta

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa 
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

++test sentuh telinga dengan siku

Tuesday, August 24, 2010

Al-Fatihah

Al-Fatihah utk arwah Mohd Amin B Ismail @amin aloya...

tanggal 28.1.2010 jam 4 pagi arwah telah meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya...
Dan hari ini pula merupakan tarikh lahir bagi arwah.
Sedih dan terkilan kerana arwah pergi dan aku tidak sempat untuk melawatnya buat kali terakhir...
tapi tak apa, ALLAH lebih sayang kau oya..bersemadilah dengan aman dan aku akan sentiasa berdoa untuk kau oya...Segala kenangan kita bersama akan ku simpan sebaik-baiknya...Pahit manis kita sudah tempuhi bersama..
Kini kau telah pergi dulu menghadap Ilahi dan suatu hari nanti aku akan turut mengikuti mu...

Al-Fatihah buatmu..


akan ku simpan segala kenangan kita bersama...